NEW DELHI, 24 Dis - Perdana Menteri India merayu rakyat negara itu untuk bertenang selepas pertempuran meletus di antara polis dan penunjuk perasaan yang berdemonstrasi menentang kejadian wanita dirogol bergilir-gilir di New Delhi.
"Kami akan mengambil tindakan segera untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua kaum wanita di negara ini," kata Perdana Menteri Manmohan Singh. "Saya merayu kepada semua rakyat yang prihatin untuk mengekalkan keamanan dan ketenangan."
Kemarahan orang ramai semakin melonjak selepas tragedi dirogol bergilir-gilir dan kejadian memukul mangsa yang berumur dalam lingkungan 23 tahun di dalam bas yang bergerak menuju ke Dwarka pada 16 Disember lalu.
Kenyataan rasmi Perdana Menteri hadir setelah ribuan penunjuk perasaan melanggar arahan pengharaman demonstrasi di New Delhi pada hari Ahad.
"Kami mahu keadilan!" jeritan ribuan penunjuk perasaan terhadap polis.
Selain banner dan plakad kadbod, penunjuk perasaan membawa bendera India sewaktu bertempur dengan polis. Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan demonstrasi secara besar-besaran itu.
Menurut jurucakap pihak berkuasa, Rajan Bhagat berkata "samseng yang telah menyertai penunjuk perasaan" dengan melemparkan batu ke arah polis dan mencederakan 78 pegawai terbabit.
"Sekurang-kurangnya 65 penunjuk perasaan turut cedera.
"Banyak van polis dan bas awam telah rosak sewaktu demonstrasi," katanya.
Sewaktu merayu kepada rakyat untuk mengekalkan keamanan, Singh mengakui bahawa kemarahan yang dipaparkan adalah "tulus dan wajar."
Pihak berkuasa masih enggan mendedahkan identiti dan nama mangsa rogol, namun penunjuk perasaan menjerit dan memanggil nama mangsa sebagai "Damini," yang bermaksud "kilat" dalam bahasa Hindi.
"Damini" adalah sebuah filem Bollywood tahun 1993 yang membawa watak pergaduhan seorang wanita mempertahankan pembantu rumah, mangsa serangan seksual.
"Kami menyokong anda Damini. Kami akan terus berjuang untuk anda," jeritan dikalangan penunjuk perasaan wanita pertengahan umur di perkarangan bersejarah I4ndia Gate semalam.
"Damini mahukan keadilan," salah satu paparan pada plakad.
Kecederaan yang menimpa mangsa rogol adalah kritikal menyebabkan beliau menghabiskan masa di unit rawatan rapi di hospital, dan sedang bertarung untuk hidup.
Pihak polis berkata mangsa telah cukup pulih untuk memberi kenyataan kepada majistret dari katil hospital.
OnePapar Feed
No comments:
Post a Comment