Menjelang Ramadan yang bakal bermula Ahad ini, saluran TV3 dan TV9 akan menyiarkan program yang bersesuaian dengan bulan mulia itu. Padat dengan rangkuman program berbentuk ilmiah, teladan dan keinsafan untuk dikongsi bersama penonton menerusi program majalah, dokumentari, drama dan hiburan, dua saluran milik rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) itu tampil dengan percaturan berkesan. Melihat antara program yang bakal disiarkan, tidak dinafikan rangkaian program yang akan dipaparkan nanti cukup dekat dengan jiwa masyarakat.
OnePapar Feed
OnePapar Feed
No comments:
Post a Comment