Oleh Umma Azura
BAGI seorang muslim yang menjadi pengusung sunnah, memelihara janggut merupakan salah satu wujud ketaatan kepada Allah Ta'ala dan Rasul-Nya.
Sebab dengan ketaatan, seorang muslim mengharap redha dan cinta Rabb-Nya. Dan dengan redha dan cinta dari Pemilik hidup, maka bahagialah hidup ini.
Berjanggut bukanlah perkara baru. Sunnah Nabi ini telah dikenal dan dilaksanakan kaum muslim dari masa ke masa. Hadis tentang sunnah Nabi ini juga banyak bertebaran.
Meski di kekinian berjanggut seringkali mendapat cap buruk semisal pengganas, fanatik dan sebagainya. Namun ternyata, beberapa kajian terbaru justeru mencari fakta menarik memelihara janggut. Bagi lelaki yang memelihara janggut ada beberapa manfaat luar biasa iaitu:
1. Janggut pelindung paparan Ultraviolet
Dari hasil penelitian University Of Southern Queensland, janggut ternyata mampu melindungi 95 peratus kulit wajah yang terdedah terpapar sinar UV. Dengan begitu, janggut bermanfaat mencegah risiko terjadinya kanser kulit.
2. Janggut menghalang proses penuaan pada kulit
Kulit yang tertutup janggut, akan kelihatan lebih muda. Rambut pada kulit akan membuat aliran air berhenti lebih lama, sehingga kulit akan terjaga kelembabannya.
Sebagaimana kita tahu, kebanyakan lelaki tak terlalu senang menggunakan pelembab, krim apalagi bedak.
Di samping itu, janggut melindungi kulit dari terpaan angin penyebab kulit kering juga dari debu dan kotoran yang terbawa angin penyebab kulit kusam.
3. Janggut, menjadi perangkap sumber alergi
Janggut sama fungsinya seperti rambut dalam hidung, yang berfungsi menangkap kekotoran dan sumber pencemaran yang sangat berbahaya bagi tubuh.
Dengan fungsinya sebagai penahan debu juga bahan pencemar ini, janggut bermanfaat mencegah terjadinya penyakit asma.
4. Janggut, mempercepatkan penyembuhan penyakit selesema dan batuk
Suhu sejuk seringkali mempengaruhi timbulnya selsema, batuk dan selesema.
Janggut tebal di bawah dagu dan leher sangat membantu menjaga suhu pada leher tetap hangat, sehingga akan membantu penyembuhan pelbagai penyakit sindrom sejuk tersebut.
5. Janggut, membuat lelaki lebih menarik dan maskulin
Hasil penyelidikan yang diterbitkan evalution and human behavior, menyebutkan lelaki berjanggut dianggap lebih maskulin dan lebih menarik di mata wanita.
Begitulah sebalik setiap perintah Allah Taala selalu ada hikmah dan manfaat untuk manusia.
Namun, yang terpenting meski memelihara janggut banyak manfaatnya dari segi kesihatan, hendaklah perbuatan itu dilakukan semata-mata kerana mengharapkan pahala dan redha Allah Ta'ala. Sehingga manfaat yang didapatkan kekal hingga di akhirat kelak.
OnePapar Feed