Maklumat cuaca JMM sahih - Papar Sabah 2U Malaysia : Bersatu ke arah kemajuan dangsanak
Latest News :
Home » , , » Maklumat cuaca JMM sahih

Maklumat cuaca JMM sahih

Written By 1papar on Friday, January 11, 2013 | 4:55 PM

Berita berkaitan cuaca yang dipaparkan dalam Facebook tidak semuanya betul


KUCHING: Jabatan Me­teorologi Malaysia (JMM) Cawangan Sarawak memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungja­wab agar tidak menyebar­kan khabar angin berkaitan cuaca.


Timbalan Pengarah JMM Cawangan Sarawak Ambun Dindang menegaskan terdapat portal-portal di laman sesa­wang termasuk laman sosial Facebook memaparkan berita berkaitan cuaca namun tidak semuanya betul.


Oleh itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak mu­dah percaya kenyataan berita berkaitan cuaca daripada sum­ber lain selain yang dikeluar­kan oleh jabatan berkenaan.


“Jangan mudah percaya khabar angin terutama dari­pada laman sosial Facebook berkaitan cuaca mahupun ten­tang ancaman Ribut Tropika Sonamu sebaliknya orang ra­mai harus merujuk dan mem­perolehi maklumat yang sahih daripada JMM menerusi laman sesawang kami,” katanya ke­tika dihubungi semalam.


Beliau berkata demikian ketima diminta mengulas mengenai kenyataan daripada Facebook yang mengatakan Sonamu telah membadai ka­wasan timur Sarawak.


“Setakat ini tiada kes di­laporkan berkaitan Sonamu dan kami telah menarik balik amaran berjaga-jaga semalam (Khamis) setelah Sonamu menjadi lemah, tidak bergerak dan lenyap,” tambahnya.


Namun, beliau memberitahu bahawa hujan lebat peringkat kuning dan amaran angin ken­cang masih dikekalkan ekoran monsun.


Sementara itu, Jurucakap Bilik Gerakan JMM berkata, hujan lebat dan angin kencang diramalkan akan melanda be­berapa kawasan iaitu di Kuch­ing, Kota Samarahan, Mukah, Betong, Sarikei, Sri Aman, Sibu, Miri dan Bintulu kira-kira selama dua hingga tiga hari.


“Ramalan kami menun­jukkan bahawa musim hujan akan berlaku selama seminggu secara keseluruhan dari seka­rang hingga minggu depan, penduduk di negeri ini akan mengalami lonjakan monsun dan ribut petir dalam dua tiga hari ini,” katanya.


Menerusi laman sesawang JMM dipetik berkata hujan lebat peringkat kuning dike­luarkan bagi Sarawak, hujan sekejap dan hujan skala seder­hana dijangka berterusan di ba­hagian Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu hingga hari ini (12 Januari).


“Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di ka­wasan yang rendah dan amaran angin kencang Kategori 2 bagi Sarawak dijangka berterusan sehingga esok (13 Januari),” kata JMM.


Sementara itu, Pegawai Bencana Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Leftenan (PA) Shaifu Nizam Ab Rahman ber­kata, pihaknya kini dalam keadaan siap siaga menghadapi kemungkin banjir.


“Kira-kira 3,500 anggota seluruh Sarawak dalam keadaan bersedia bila-bila masa jika berlakunya banjir dan bilik gerakan di setiap daerah di negeri ini sedia diaktifkan mengikut keperluan,” jelasnya ketika dihubungi semalam.


Tambahnya, JPAM kini menyedi­akan 24 bot dan lapan lori yang sedia digerakkan jika berlakunya banjir di negeri ini.


Malah, bilik gerakan yang dibuka selama 24 jam di Kuching, Miri, Bin­tulu, Sibu dan Sri Aman turut akan memberi tumpuan kepada sebarang kemungkinan banjir.


“Dari segi logistik pula kami juga telah bersedia dan segala kelengkapan untuk menghadapi banjir sudah kami sediakan dan hanya menunggu masa digerakkan sahaja,” ujarnya.






OnePapar Feed
Share this article :

No comments:

Post a Comment

Around The Blog

More on this category »
 
Copyright © 2012-2017. Papar Sabah 2U Malaysia : Bersatu ke arah kemajuan dangsanak - All Rights Reserved